First blog post

This is your very first post. Click the Edit link to modify or delete it, or start a new post. If you like, use this post to tell readers why you started this blog and what you plan to do with it.

Featured post

KEENAKAN NASI ARAB RESTORAN ALI BABA MENEPATI CITA RASA

 

KEMUNCULAN banyak restoran makanan Arab sekarang ini bagai satu fenomena bagi memenuhi selera masyarakat tempatan.

Makanan Arab khususnya paling popular nasi Arab, walaupun harganya agak mahal tetap dicari orang kerana keenakan dan menepati cita rasa.

Antara yang semakin mendapat perhatian khususnya di kalangan penduduk sekitar Kota Tinggi ialah Restoran Ali Baba, yang terletak di No. 7, Jalan Berlian Utama 1, Taman Daiman Jaya, 81900 Kota Tinggi, Johor.

 

12553037_1508250429481090_3083246842791615619_n
KLIK link FB Restoran Ali Baba

Mula beroperasi sekitar Februari 2016, menurut Pengurusnya, Rohman Ahmad, Restoran Ali Baba menyediakan pelbagai sajian, bermula dengan pembuka selera hinggalah pencuci mulut.

 

Tambahnya, apa yang cuba ditampilkan ialah masakan asal menggunakan resipi asli negara Arab. Kami menggunakan perkhidmatan cef yang berasal dari Mesir untuk memberikan cita rasa sebenar Arab.

“Dulu masyarakat kita hanya berpeluang merasai makanan Arab ketika menunaikan haji atau umrah di Mekah.

“Sekarang ini ia boleh dinikmati pada bila-bila masa kerana semakin banyak restoran menawarkan sajian ini,” katanya di temui di restorannya baru-baru ini.

Antara hidangan Arab yang cukup sinonim dalam di restoran ini adalah nasi Mandy, Kabsah, Maqluba dan Bukhari sama ada pilihan ayam atau kambing, roti Arab dan pelbagai lagi.

13139093_1539183636387769_8394866468699144990_nSelain keenakan rasa hidangan, harga ditawarkan di Restoran Ali Baba juga lebih berpatutan.

“Kami juga menerima tempahan dan katering untuk pelbagai acara. Jika hidangan diminta untuk kumpulan yang ramai, makanan dihidang dalam dulang seperti tradisi orang Arab,” katanya.

Dalam pada itu sebagai memberi pilihan kepada setiap pengunjung yang datang, restoran tersebut juga menyediakan masakan arabic seafood grilled, kofta beef, shawarma dan pizza.

Malah, Restoran Ali Baba juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti surau, wifi secara percuma, dewan seminar berhawa dingin dan sebagainya.

Dibuka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 10.00 malam, bagaimanapun setiap hari Isnin restoran ini akan ditutup.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi melalui aplikasi whatsApp 010- 666 5626 atau telefon 07-883 6500.

#Destinasi KotaRasa

 

 

TELUR PINDANG KotaRasa

TELUR PINDANG KotaRasa boleh dijadikan sebagai bunga pahar pelamin atau diletakkan di dalam dulang hantaran atau diberikan kepada tetamu sebagai cenderahati (doorgift).

door giftsAnda juga boleh memilih untuk menempah telur pindang sahaja ataupun disediakan sekali bersama dengan bekas cenderahati seperti dalam sarung organza, bekas anyaman mengkuang, bekas plastik kilat berwarna dan pelbagai lagi bekas cenderahati dengan pakej-pakej yang kami tawarkan.

Saiz telur ayam yang sederhana sahaja yang digunakan (B/C/D), mengikut pasaran telur ayam semasa. Tempahan minimum sebanyak 120 biji.

Tempahan perlu dibuat paling lewat sebulan awal sebelum tarikh majlis untuk kami melakukan persediaan rapi bagi menjamin kualiti produk. Namun, harga mungkin akan berubah dari yang asal sekiranya pelanggan menempah pada saat-saat akhir.

Tempoh penghantaran adalah, 2 – 3 hari sebelum majlis bagi kawasan Kota Tinggi dan 3 – 4 hari sebelum majlis di luar kawasan negeri Johor.

contactSebarang pertanyaan boleh hubungi kami di :
email : kotarasa1@gmail.com telefon : +60137079525 – Farik Salleh.

Nota : Untuk tempahan di luar daerah Kota Tinggi, kami akan mengenakan caj penghantaran yang berbaloi.

pindang

TELUR PINDANG

TELUR PINDANG sememangnya sinonim dengan kehidupan masyarakat Jawa di Johor malah menjadi makanan wajib yang menyatukan tuan rumah dengan tetamu dan saudara mara yang datang bertandang apabila ada majlis kenduri kendara.

Zaman dahulu, saudara mara akan datang untuk membantu apabila ada majlis kahwin. Biasanya mereka tinggal beberapa hari atau minggu untuk membantu sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Ketika mahu pulang mereka akan dibekalkan ‘boncrot’ atau ‘barkat’ iaitu bungkusan makanan sebagai tanda terima kasih. Disebabkan perjalanan mengambil masa kerana tiada jalan raya seperti hari ini, telur pindang menjadi makanan terbaik untuk dibekalkan kerana ia tahan lama dan mengenyangkan.

Selain menjadi ikon muhibah masyarakat sejak zaman dahulu, telur pindang unik kerana boleh dibuat cenderamata dan diregukan dengan apa sahaja makanan selain dimakan begitu sahaja.

#KotaRasa

TP1

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑